30 January 2009

Undian anda adalah pasport Trez ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008



Trez is nominated for "Artis Berkumpulan/Duo Baru" for Anugerah Bintang Popular 2008! Here's how you can help make their dreams come true!

Untuk peraduan Undi dan Menang ABPBH 08, peserta harus mengumpul satu set borang penyertaan (merangkumi 7 borang yang disiarkan setiap hari dari Isnin hingga Ahad). Lengkapkan setiap borang termasuk ruang Butiran Peribadi pada Borang 7 dan hantarkan kepada Berita Harian (Malaysia).

Syarat-Syarat:

1. Anda hanya boleh memilih 5 calon sahaja bagi setiap kategori dengan menandakan (X) pada ruangan yang disediakan.

2. Borang yang tidak dilengkapi butiran peribadi, tidak jelas dan tidak mematuhi peraturan akan dibatalkan.

3. Borang-borang penyertaan ini disiarkan bermula 29 Disember 2008 sehingga 7 Februari 2009.

4. Setiap penyertaan hendaklah diterima sebelum 14 Februari 2009.

5. Kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad, syarikat-syarikat penaja dan penganjur tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam pengundian ini.

6. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

Set borang penyertaan yang lengkap diisi harus dihantar ke alamat:

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2009
PETI SURAT 10042,
PEJABAT POS BESAR
50700 KUALA LUMPUR

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://abp.bharian.com.my/

Kumpul dan lengkapkan TUJUH borang penyertaan dan hantarkan kepada Berita Harian sebelum 14 Februari 2009

2 comments:

Edzlin said...

lambatnya korang promote. tapi takpe, saya dah lama pangkah trez. hehe, good luck

TREZ said...

Hi Edzlin.. memang lambat kitorang promote.. hehehe... anyway, thank you x 1,000 for voting us... :-)